Jumaat, 29 April 2016

tak dak tajuk!

Bismillahirrahmanirrahim ..

Hmm..lama,lama betul x update blog.
Tak ada cerita pun.

Blog ni time aku boring sgt,aku merapu la kat sini,merapu plak mcm2.
Aku xdak la nk share bagai pengalaman hidup,sebabnya banyak gila doo buku2 about experience org ni. Banyak. Banyakkkkk sangat.
Aku kalau nk beli buku kan,adoi susah la ni. Hahaha.... Saje menyusahkan hati duk fikir nk beli buku apa. Mana taknya banyak sangat best seller dia tu. Tapi semua duk citer pengalaman hidup masing2. Lagi dalam perspektif dakwah. Aduh..... Bukan tak nak baca. Kadang dah jadi hati batu sebab baca sahaja kan tak mengalami pun.... Kikiki...

Btw, aku tetap sokong penulis2 yg cuba meningkat naik sekarang.
First time minat aku kat buku ni menjadi2 time aku baca novel tau,takdak la pasal islam & dakwah semua tu. Semua duk  pasal cinta,cinta, cinta. Masa tu meningkat remaja kan,suka laaa bab2 cintun mencintun ni...

Lama2 kan jadi bosan tau,sebab pa??????
 Haaa, dah tau dah,isi sama.... Klimaks sama,akhir pun mmg sama la haih. Bahagia tang tu jugak. Cerita kan. Biasa lah. Manusia buat. Weh,pasaipa duk agung2kan sgt cinta manusia tuu? 
Fitrah?
Lonely?
Deficiency of loving?
Perghhhh.....

Manusia ni kan. Tak perlu cakap la,org gila pun nak org sayang dia. Apa lagi kita yg sihat lagi waras ni.
Tapiiiii, yang tak betulnya kenapa mesti pahat dalam hati tu cinta nya duk pada makhluk ja?????

Cinta sama Allah di mana?
Di mana?
Hati?
Hati yang paling dalam?
Satu ja dalam hidup ni bahagia, CINTA tu biarlah pada selayaknya.
DIA takkan pernah lukakan kita tau.

Sebenarnya,aku nak merapu benda lain tau,tapi terlebih pulak bab2 ni.
So sekarang aku penat lak menaip 
Jumpa lain kali la nohhh,heheh...
Ok bai.

-29/4/16_milaeman-

Khamis, 29 Oktober 2015

Berperang! Dari hati ke hati!





....بسم الله الحمن الحيم
Assalamualaikum, hmmm...masih sempat kot nak tulis.

Tulis apa?

Apa2 jer lah. Yg penting bermanfaat. Betul tak ?

Tadi ada kawan aku mai jumpa,dia tanya aku .

Macam mana nak tegur org dengan cara yg betul.

Tegur org. Bukan kucing tau.

Susah. Susah. Main dengan perasaan manusiakan.

Sebenarnya aku tak berani nak cakap,sebab jujur aku jarang tegur kesilapan kawan2 aku sebelum ni.

Sebab aku tak pandai juga jaga hati baru manusia ni.

Tapi petang tadi aku sentap dengan persiapan sahabat aku ni. Asalnya dia nak tegur kawan dia,tapi dia menyuarakan terhadap aku.

Gurlpppp!

Telan air liur dengar soalan dia!

Sentap!

Aku pulak yg sentap,terkedu.

'Sampai bila kita nak kumpul dosa?'

Persoalannya mmbuatkan aku rasa kagum dengan kesungguhannya nak tegur kawan tu.

Sampai aku sendiri tertanya pada diri aku,

'Sampai bila kita nak biarkan org yg kita sayang kumpul dosa?'

Btw,aku pun nak berubah lagi ke arah lebih baik.

Jadi soalan sahabat aku tu,nak tahu aku jawab apa?

Sebenarnya aku pun terfikir jugak jawapannya yg paling betul.

Jadi,

'Kita kena kasi dia masa,mungkin dalam seminggu dua,tapi jangan beri masa itu kita diam jer. Tak buat apa2,kita doa,tunjuk akhlak yg baik,tunjuk kat dia yg kita pom nak berubah sama ke arah kebaikan. Nabi Muhammad Saw pernah berkata qudwah hasanah adalah dakwah yang paling baik. Jadi , akhlak baik in shaa Allah lembutnya hatinya nanti.'

Bagi aku,akhlak yg baik adalah satu jalan yg sangat dituntut dalam menyampaikan dakwah.

Memang. Lihat bicaranya,bukan pembicaranya.

Tapi ramai mana melihat bicara berbanding pembicaranya nya?

Nice. Kita sendiri pun lihat orgnya bukan petahnya kan.

Soo,satu aku nak pesan.

'Berlembut,supaya dari hati sampai ke hati'.



Btw,esok aku ada test. Ahhhhhh, ujian dunia.
Doakan aku dan teman2 success yer!

Tq....:*)


Lalu Aku Bangkit

.....بسم الله الرحمن الرحيم
Alpa. Lupa. Terlalu selesa. 
Hidup kita bukan?
Tak ada ujian seberat saudara di sana.
Tiada ujian yg dipikul seperti mereka bukan? Atau kamu lupa,ujian itu bagaimana rupanya.

'Ahhh....Usah bicara tentang mereka,itu mereka. Ujian mereka. Dugaan mereka.'
Bisik hati terkadang angkuh membolosi diri.

Kamu lupa. Mereka itu siapa?
Mereka itu di mana?

Wahai manusia,mereka itu manusia.
Manusia seperti kamu. Ada hati dan fikiran. Ada kehidupan yang diimpikan seperti kamu.
Yaaa..... Seperti kamu.

Wahai pejuang agama Allah,bangkitlah.
Bangkitlah dari mimpi indahmu.
Lupakan sebentar dunia tawamu.

Bangun.!!!
Melihat mereka tersadai. Terkulai. Tiada yang membantu.
Mereka kuat dengan hati mereka sendiri.
Tapi kamu masih tidur nyenyak dibuai mimpi.


~~~~~~

Aku bangkit.
Tapi tidak mungkin untuk ke sana.
Tidak mungkin untuk aku membantu mereka dengan kudratku.

Jadi ,harus bagaimana?
Aku dibuai mimpi dunia.
Bagaimana aku harus bangun dari semua itu?

Allah.......

Padahal aku lupa. 
Kekuatan Islam itu bukan pada tenaga.
Tapi doa yang teguh diminta.

Wahai bumi Palestin dan seisinya.
Aku tidak mampu pergi dekat dengan mu.

Jauh di sudut hati aku pilu.
Melihat kezaliman terhadapmu.

Maafkan aku .

~~~~~

Janji Allah bersama dengan orang yang sabar.
Janji Allah untuk mereka yang berusaha.

Maka,kamu harus bangkit.
Bangkit untuk negara sendiri.
 Demi melihat syariat Islam mekar di bumi.

Bangkitlah. Jangan berpaling lagi.
Hiraukan mereka yang tidak mengerti.
 Tapi ingat,jangan tinggal kan mereka.

Cuba selami hati dan nurani mereka.

Allah melihat usaha!
Allah menilai usaha!
Untuk menjadikan dirimu seorang yang bertaqwa.



Milaeman13.
291015




Selasa, 27 Oktober 2015

Jawabku Untukmu.


1.
"Zahira. Awak tak pergi kafe ke? Kenapa ni?x sihat ke?"
Lutfa bertalu bertanya,tapi Zahira diam.

"Zahira!Zahira!" Sedikit kuat. Tapi Lutfa masih tidak bangun.
'Hish, Zahira ni dah kenapa?' Sambil melihat jam,Lutfa berpaling pada rakan sebiliknya.
Mendekati. Hatinya berdebar tiba2.

"Ya Allah,Ira. Awak demam panas ni." Jerit halus Lutfa hingar bagi Zahira. Dia buka kelopak katanya.
Lutfa disisinya . Dia senyum. Lutfa gelisah.

"Ufa,kenapa ni?" Bingung Lutfa begitu.
"Zahiraa,awak demam. Jom kita pergi klinik". Lutfa mengampu perlahan tubuh Zahira. Tubuh Zahira yang kecik memudahkannya.

~~~~~~~

Di Klinik Sulaiman , Lutfa parkir keretanya.
Zahira cuba gagah berjalan walaupun dia rasa sangat berat,seperti kepalanya terhempap batu.
Dia duduk di kerusi 'menunggu'.

Usai Lutfa daftarkan untuk rawatan,dia duduk di samping sahabatnya.
" Ira,kenapa boleh jadi macam ni. Semalam pun saya tak sempat nak cakap dengan awak. Pagi ni demam pula.
Ke...?" .
Belum sempat Lutfa bertanya lagi,Zahira memegang erat tangan sahabat nya.
"Saya okey, jangan bimbang. Kena hujan sikit je semalam ni. Saya balik lambat sebab hujan lebat sangat. Saya taknak susahkan awak ambil saya kat library tu,jadi saya tunggu lah sampai reda sikit. Tapi hujan tak berhenti juga,saya redah je lah". Ujar Zahira berakhir ketawa kecik.

'Lawak ke?' Lutfa memandang Zahira.

ZAHIRA HUSNA BINTI HAMIDI!!
BILIK 1!!!

Zahira dipanggil masuk ke bilik doktor.

~~~~~~~

" Qila,awak jangan salah faham. Saya sumpah tak ada apa2 pun dengan Adli. Aqila,buat apa saya tipu awak,saya tak dapat apa2." Zahira cuba memujuk.

"Ira,di sebalik purdah kau ni macam2 kau boleh buat. Setakat bercinta tu perkara biasa kan. Dahlah Ira,kalau kau suka sangat kat Adli tu,cakap awal2. Aku pun tak bertepuk sebelah tangan."
Aqilah turun tangga perpustakaan laju2 ,tidak mahu lagi mendengar penjelasan Zahira. Satu sudut di tangga perpustakaan menjadi saksi tingkah mereka kerana seorang lelaki.

Zahira kaku. Malu. Malu pada Tuhan. Tidak wajar bagi nya bersalah faham hanya kerana seorang lelaki.
Apatah lagi,
bukan sempurna di matanya.
Beristighfar. Beristighfar.
Terduduk di penjuru tangga. Lewat petang tiada yang lalu lalang di situ. Dia biarkan air matanya jatuh.
Zahira sayangkan persahabatn nya dengan Aqila.

Mereka bertemu pertama kali di library itu, Aqila menegur Zahira kerana pursenya hampir jatuh dari beg buku.

~~~~~~
"Terima kasih, Zahira Husna" ucapan perkenalan bermula dari Zahira.
"Aqila Hani," menyambut salam dan terus beredar dengan senyuman manis. Mungkin menuju ke sesutu tempat.

Dan mereka tersempak lagi di tempat yang sama. Bertukar nombor , Aqila banyak merujuk ilmu agama dengan Zahira. Sebelum mengenal Zahira, bagi Aqila hanya orang yang ber'agama' sahaja layak untuk melalui jalan syariat.
 Dia? 
Islam itu hanya tertulis di kad pengenalan.

(1)
281015




Isnin, 13 Januari 2014

12 Rabiulawal yang Cerah...:)

Layakkah Bagiku.........

Ya Rasulullah,
sungguh,
tidak layak aku membicarakan perihal mu,
sungguh tidak layak aku mencoret citra hidup mu,
kerana aku tidak pernah bertemu mu.

Ya Rasulullah,
aku selalu alpa dari mengingati Allah,
apa lagi tentang diri mu,
sungguh,
aku malu
dan teramat malu,
seperti tidak layak aku menjadi umat mu.

Ya Rasulllah,
peribadi agung mu terlalu tinggi,
sehinggakan seluruh dunia menrima risalah,
yang dibawa oleh mu,
tapi aku,
terlalu payah bagiku mengikut acuan hidup mu,
terlalu payah bagiku mengamalkan sunnah mu,
maafkan aku Ya Rasulullah.

Ya Rasulullah,
layakkah bagiku,
mendapatkan syafaat mu.
sedangkan aku,
tidak utuh menyambung perjuangan mu,
sedangkan aku,
berat memikul amanah mu,
maafkan aku Ya Rasulullah.
 
Ya Rasulullah,
jauh di sudut hatiku,
pengharapan yang tinggi dari langit,
untuk bertemu mu,
melihat wajah agung mu,
bersama di barisan umat mu yang beriman,
namun,
layakkah bagiku,
untu semua itu....
Allahu....





ampunkan aku Ya Allah,dekatkan hati umat di akhir zaman ini dengan-Mu dan RasulMU...amin..:)




salam maulidur Rasul,
blgger at 140114,
12 rabiulawal 1435...