Selasa, 27 Oktober 2015

Jawabku Untukmu.


1.
"Zahira. Awak tak pergi kafe ke? Kenapa ni?x sihat ke?"
Lutfa bertalu bertanya,tapi Zahira diam.

"Zahira!Zahira!" Sedikit kuat. Tapi Lutfa masih tidak bangun.
'Hish, Zahira ni dah kenapa?' Sambil melihat jam,Lutfa berpaling pada rakan sebiliknya.
Mendekati. Hatinya berdebar tiba2.

"Ya Allah,Ira. Awak demam panas ni." Jerit halus Lutfa hingar bagi Zahira. Dia buka kelopak katanya.
Lutfa disisinya . Dia senyum. Lutfa gelisah.

"Ufa,kenapa ni?" Bingung Lutfa begitu.
"Zahiraa,awak demam. Jom kita pergi klinik". Lutfa mengampu perlahan tubuh Zahira. Tubuh Zahira yang kecik memudahkannya.

~~~~~~~

Di Klinik Sulaiman , Lutfa parkir keretanya.
Zahira cuba gagah berjalan walaupun dia rasa sangat berat,seperti kepalanya terhempap batu.
Dia duduk di kerusi 'menunggu'.

Usai Lutfa daftarkan untuk rawatan,dia duduk di samping sahabatnya.
" Ira,kenapa boleh jadi macam ni. Semalam pun saya tak sempat nak cakap dengan awak. Pagi ni demam pula.
Ke...?" .
Belum sempat Lutfa bertanya lagi,Zahira memegang erat tangan sahabat nya.
"Saya okey, jangan bimbang. Kena hujan sikit je semalam ni. Saya balik lambat sebab hujan lebat sangat. Saya taknak susahkan awak ambil saya kat library tu,jadi saya tunggu lah sampai reda sikit. Tapi hujan tak berhenti juga,saya redah je lah". Ujar Zahira berakhir ketawa kecik.

'Lawak ke?' Lutfa memandang Zahira.

ZAHIRA HUSNA BINTI HAMIDI!!
BILIK 1!!!

Zahira dipanggil masuk ke bilik doktor.

~~~~~~~

" Qila,awak jangan salah faham. Saya sumpah tak ada apa2 pun dengan Adli. Aqila,buat apa saya tipu awak,saya tak dapat apa2." Zahira cuba memujuk.

"Ira,di sebalik purdah kau ni macam2 kau boleh buat. Setakat bercinta tu perkara biasa kan. Dahlah Ira,kalau kau suka sangat kat Adli tu,cakap awal2. Aku pun tak bertepuk sebelah tangan."
Aqilah turun tangga perpustakaan laju2 ,tidak mahu lagi mendengar penjelasan Zahira. Satu sudut di tangga perpustakaan menjadi saksi tingkah mereka kerana seorang lelaki.

Zahira kaku. Malu. Malu pada Tuhan. Tidak wajar bagi nya bersalah faham hanya kerana seorang lelaki.
Apatah lagi,
bukan sempurna di matanya.
Beristighfar. Beristighfar.
Terduduk di penjuru tangga. Lewat petang tiada yang lalu lalang di situ. Dia biarkan air matanya jatuh.
Zahira sayangkan persahabatn nya dengan Aqila.

Mereka bertemu pertama kali di library itu, Aqila menegur Zahira kerana pursenya hampir jatuh dari beg buku.

~~~~~~
"Terima kasih, Zahira Husna" ucapan perkenalan bermula dari Zahira.
"Aqila Hani," menyambut salam dan terus beredar dengan senyuman manis. Mungkin menuju ke sesutu tempat.

Dan mereka tersempak lagi di tempat yang sama. Bertukar nombor , Aqila banyak merujuk ilmu agama dengan Zahira. Sebelum mengenal Zahira, bagi Aqila hanya orang yang ber'agama' sahaja layak untuk melalui jalan syariat.
 Dia? 
Islam itu hanya tertulis di kad pengenalan.

(1)
281015




Tiada ulasan:

Catat Ulasan